• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

‘Spiderman’ mati jatuh bangunan

Seorang pelajar Malaysia yang menuntut di Universiti Da-Yeh dalam daerah Changhua ditemui mati pada malam Rabu di luar asrama lelaki dengan berpakai­an kostum adiwira Spider­man, lapor Agensi Berita ­Pusat (CNA) Taiwan.
Mangsa yang memakai nama keluarga, Lee dan berusia 30 tahun dipercayai terjatuh dari tingkat lima bangunan ber­kenaan dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang waktu tempatan.
Menurut polis, seorang pelajar yang berjalan melepasi bangunan asrama me­nemui pelajar Malaysia itu dalam kea­daan terba­ring dan tidak sedarkan diri di atas lantai simen sebelum memaklumkannya kepada pihak universiti dan polis.
Lee telah meninggal dunia ketika pegawai tiba di tempat kejadian, kata polis.