• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Pengguna ganja cenderung jadi 'psiko'

Satu hasil penyelidikan yang didedahkan semalam mendapati remaja yang merokok dan menggunakan ganja lebih cenderung mengalami psykosis.

Psykosis adalah gejala mental yang menyebabkan penghidap berhalusinasi atau berkhayal.
CNN mengatakan penyelidikan tersebut mengambil tempat di Bristol, Britain melibatkan lebih 3,000 remaja.

Mereka yang terlibat menceritakan pengalaman mereka menghisap rokok dan menggunakan ganja seawal usia 14 tahun.

Berdasarkan analisis, penyelidik mendapati mereka yang menghisap rokok pada umur muda berpotensi mengalami gejala psykosis pada usia 18 tahun.

Mereka yang tidak merokok pula mempunyai risiko lebih rendah untuk menghidap psykosis.

Mereka yang menggunakan ganja pada usia muda pula mempunyai 3.2 peratus risiko untuk mengalami gejala psykosis berbanding mereka yang tidak menyalahgunakan dadah tersebut.

Lebih membimbangkan apabila pertambahan umur didakwa meningkatkan lagi  risiko gejala psykosis.