• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Budak tujuh tahun digari selepas tumbuk guru

KANAK-KANAK lelaki ini digari tangannya dan dibawa menaiki kereta polis ke sebuah hospital di Miami.

Seorang budak lelaki berusia tujuh tahun terpaksa digari polis selepas bertindak agresif dan menyerang gurunya di sebuah sekolah awam di Miami di sini baru-baru ini.

Kanak-kanak itu kemudiannya dihantar untuk menjalani pemeriksaan mental di Hospital Kanak-Kanak Nicklaus di sini susulan serangan itu.
Pihak pengurusan Sekolah Coral Way K08 Center itu mendakwa ia adalah kejadian kali kedua dalam tempoh tiga bulan.

Ibu kanak-kanak itu, Mercy Alvarez menggunakan telefon bimbit untuk merakam keadaan anaknya digari sewaktu keluar dari pejabat pengetua sebelum dibawa polis untuk menjalani pemeriksaan mental.

Wanita itu mendakwa anaknya tidak mempunyai sebarang masalah mental tetapi mempamerkan tingkah laku sedemikian disebabkan menjadi mangsa buli.

Menurut undang-undang negeri Florida, jika seseorang kanak-kanak mempamerkan tingkah laku yang boleh mendatangkan bahaya kepada diri sendiri dan orang lain, polis dibenarkan menahan dan membawanya ke hospital untuk penilaian psikiatri. – Agensi