• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Bagaimana kereta ini melambung ke tingkat dua?

Kombinasi dadah dan memandu laju menyebabkan sebuah kenderaan melambung sehingga menembusi dinding tingkat dua sebuah bangunan awal pagi semalam.

KTLA5 mengatakan pemandu berkenaan melanggar pembahagi jalan sebelum keretanya melambung.

Kenderaan jenis Nissan Altima berkenaan 'melekat pada bangunan' sementara pemandunya berjaya melepaskan diri tanpa sebarang kecederaan serius.

Bagaimanapun, seorang lagi penumpang kenderaan gagal melepaskan diri dan terpaksa dibantu jabatan bomba Los Angeles.

"Kejadian macam ni tak terjadi setiap hari," kata pegawai bomba, Kapten Stephen Horner kepada New York Post.

Sementara itu, polis mengesahkan pemandu terbabit menggunakan dadah sebelum kejadian dan kini dirawat di hospital dengan kawalan polis.

Bangunan tersebut pula adalah sebahagian dari sebuah pejabat doktor gigi.