• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Translate

Skandal Usain Bolt di Brazil

Manusia terpantas di dunia, Usain Bolt terus dihimpit kontroversi selepas dia dilihat mencium wanita kedua di kelab malam All In di Barra de Tijuca, Rio de Janeiro, Brazil, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.
Beberapa jam selepas itu, Bolt bermalam dengan seorang pelajar perempuan berusia 20 tahun.
Pelajar itu berkongsi gambar mereka di atas katil menerusi aplikasi WhatsApp kelmarin sebelum ia tersebar di internet.
Bolt sudah pun mempunyai seorang kekasih, Kasi Bennett, 26, dan mereka bakal bertunang tidak lama lagi.
Jaguh pecut Jamaica itu dilaporkan tiba di kelab malam tersebut awal Ahad lalu bagi meraikan hari lahirnya yang ke-30 selepas merangkul pingat emas kesembilan pada temasya Olimpik kali ini.
Bolt dilihat mencium seorang wanita misteri berambut perang di ruang VIP kelab malam itu. Dia juga dilaporkan membayar bil minuman keras berjumlah £1,000 (RM5,311).
Pada malam Ahad lalu pula, satu klip video yang dimuat naik di laman Twitter menunjukkan Bolt ligat menari bersama wanita kedua itu.
Raja pecut itu sepatutnya menghadiri majlis penutupan Olimpik Ahad lalu tetapi meninggalkan Brazil lebih awal sebelum tiba di Lapangan Terbang Heathrow, London kelmarin.
Maklumat baharu menyatakan pelajar wanita yang ditiduri Bolt itu ialah Jady Duarte. Duarte, 20, mengakui dirinya seorang pelajar tetapi dia juga meupakan bekas isteri raja dadah antara paling berbahaya di Rio de Janeiro, Douglas Donato Pereira.
Pereira yang gemar menyeksa musuh-musuhnya itu dikehendaki atas 10 pertuduhan jenayah ganas. Dia ditembak mati pasukan polis elit pada Mac lalu.
Menurut polis, Pereira bertanggungjawab menyeksa dan membunuh seorang gadis, Rayssa de Carvalho, 18, dari sebuah kawasan setinggan pada September 2014.
Pereira juga dikehendaki kerana membunuh Raiana Dantas de Jesus, 19, dengan 20 das tembakan selepas teman lelakinya, Leonardo da Costa menyertai geng dadah lain.
Bercakap kepada akhbar tempatan, Extra, Duarte berkata, dia berasa malu dengan penyebaran gambar-gambar itu.
“Ia sangat negatif. Saya tidak berhasrat untuk popular. Saya berasa amat malu.”
Duarte enggan menceritakan lebih lanjut apa yang berlaku antara dia dan Bolt.
“Saya enggan bercakap mengenainya supaya tidak menimbulkan permasalahan lagi.”
Akhbar Extra turut menyatakan bahawa wanita itu tidak mengetahui identiti Bolt.
Duarte mendakwa dia bersama kawan-kawannya sebelum Bolt meminta pengawal keselamatan memanggilnya.
“Masa itu, saya tidak kenal dia kerana ramai orang Jamaica kelihatan hampir sama.” – Agensi