• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Translate

Suami 'handsome'...Isteri minta cerai

http://www.altiraashoppe.blogspot.my/
Seorang wanita Mesir dilaporkan menuntut cerai gara-gara wajah suaminya yang terlalu kacak, menurut laporan portal berita popular tempatan Emirates 247.

Anehnya, wanita tempatan itu mendakwa konon hidup berumah tangga bersama-sama dengan suaminya tersebut selama ini telah membuatkan dirinya berasa lebih sengsara.

Dia dan suaminya yang merupakan seorang doktor dilaporkan sudahpun berkahwin selama tiga tahun namun portal itu tidak mendedahkan lokasi sebenar pasangan ini menetap.

Menurut wanita tersebut lagi yang tidak didedahkan identitinya, dia tidak dapat mempercayai suaminya malah sentiasa mempunyai perasaan amat cemburu pada tahap tertinggi.

Dia bimbang suaminya mungkin menjalinkan hubungan sulit disebabkan wajahnya yang begitu kacak khasnya dengan jururawat atau pesakit wanita yang belum lagi berkahwin.

Bahkan, dia mendakwa, ramai wanita muda termasuk di luar kawasan hospital juga dikatakan sering ‘mencuri’ pandang terhadap wajah kacak suaminya, menurut Emirates 247.

Kisah pelik dialami oleh wanita Mesir itu kini menjadi viral di lelaman media sosial tempatan waima ada mendakwa ceritanya tersebut sebagai tidak masuk akal atau syok sendiri.

Pada masa sama, ramai wanita lain yang bersetuju dengan keputusan nekad yang dibuat olehnya itu sambil berkata ia adalah keputusan yang bijak, tambah Emirates 247.

Seorang pengguna internet, Laila, berkata daripada meneruskan kehidupan dalam keadaan sengsara dan sering berdepan dengan tekanan, lebih baik wanita itu dan suaminya berpisah.

Tidak pula dipastikan sama ada netizen wanita yang begitu galak memintanya bercerai mungkin ada pula niat lain untuk mengahwini lelaki kacak tersebut. – Agensi

KE LAMAN UTAMA...>>>
http://www.altiraashoppe.blogspot.my/