• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Translate

Lelaki paling tua?

DE Souza dipercayai 131 tahun. Gambar kanan, sijil kelahiran de Souza. 

Pekerja khidmat sosial di Acre, utara Brazil, semalam menyiarkan gambar warga emas, Joao Coelho de Souza bersertakan sijil kelahirannya yang bertarikh 10 Mac 1884.

Dokumen itu jelas menunjukkan dia dilahirkan di Meruoca di Ceara, lebih 3,000 kilometer di timur Acre.

Maklumat itu dimuat naik ke Facebook oleh Kennedy Afonso, rakan kepada pekerja khidmat sosial yang melawat lelaki itu seterusnya mengesahkan dia masih hidup dan layak menerima pencennya.

Dia menggesa kerajaan negeri mengesahkan penemuan itu dan mendaftarkan de Souza untuk Rekod Dunia Guinness.

Media Brazil semalam melaporkan dia tinggal bersama isterinya berusia 62 tahun dan cucu perempuan berusia 16 tahun di perkampungan Estirao do Alcantara.