• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Translate

Tandas Awam Dilengkapi Wifi, ATM

Sebuah syarikat di China membina tandas awam yang dilengkapi dengan kemudahan seperti Wifi dan mesin pengeluaran wang automatik (ATM).

Selain memenuhi keperluan warga tua, orang kurang upaya dan orang yang mempunyai bayi, tandas tersebut juga menyediakan kemudahan seperti Wifi, ATM, tiang untuk mengcas kereta elektrik dan mesin air layan diri.

Memetik CCTV News,  tandas itu juga mempunyai sebuah bilik dan ruangan mandi untuk pekerja sanitasi tandas berkenaan dan pengguna berhampiran.

Menurut syarikat yang bertanggungjawab terhadap pembinaan tersebut, Kumpulan Kejuruteraan Kebersihan Persekitaran, tandas tersebut dinamakan "Fifth Space" (ruangan kelima) kerana menjadi ruangan kelima selepas ruangan keluarga, kerja, sosial dan siber.

Tambah syarikat itu lagi, tandas tersebut dibina untuk meningkatkan keselesaan kepada pengguna tanpa memberi beban tambahan kepada pembayar cukai.

Pembinaan tandas tersebut menjadi perdebatan dikalangan netizen di laman sosial di China.

"Saya tidak peduli dengan fungsi tambahan tandas, asalkan ia bersih," tulis @Lilyvsalin dilaman Weibo yang mendapat lebih 3,000 like.

Kemudahan tandas awam ini akan dibuka di wilayah Tongzhou, Shunyi dan Pinggu di Beijing serta daerah lain di Haiko dan Zhangjiakou.

KE LAMAN UTAMA...>>>