• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Translate

Senaman merangkak untuk kesihatan



Sekumpulan penduduk di bandar Zhengzhou, China mengamalkan satu senaman pelik dengan merangkak di sekitar taman sebagai cara menyihatkan badan.
Senaman itu diamalkan sekumpulan penduduk di bandar ini yang mendakwa mampu menyembuhkan sakit tengkuk dan belakang mereka.
Kumpulan itu disertai pelbagai golongan dari kanak-kanak sehinggalah golongan warga emas.
Mereka membongkokkan badan sebelum berjalan menggunakan kaki dan tangan mereka secara serentak.

Seorang penduduk yang dikenali sebagai Wang berkata, senaman itu membantu menyembuhkan masalah sakit tulang belakang yang dialaminya. 

“Merangkak setiap hari bukan sahaja menenangkan fikiran, tetapi turut menyembuhkan sakit tulang belakang saya,” katanya. 


Seorang lagi penduduk yang dikenali sebagai Sun memberitahu, senaman itu membantunya mengurangkan penyakit darah tinggi yang dihadapinya. 

“Kami ada seorang guru yang mengajar kami senaman merangkak ini sejak enam tahun lalu. “Guru kami ini berusia lebih 90 tahun dan dia masih sihat dan cergas,” katanya. 
KE LAMAN UTAMA...>>>