• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Translate

10 Manfaat Kulit Pisang

Pisang adalah tumbuhan yang boleh dimanfaatkan seluruhnya untuk kita. Mulai dari batang, daun, hingga buahnya yang berguna untuk mereduksi risiko kanser, walaupun kulitnya.
Jadi, kalau makan pisang jangan buang kulitnya. Ternyata banyak manfaat yang boleh kita dapatkan dari kulit pisang. Kulit pisang dikenal memiliki sifat antikulat dan antibiotik. Kulit pisang sarat akan vitamin, mineral, dan serat. Ini 10 manfaat kulit pisang.

1. Ubat Alami untuk Psoriasis
Psoriasis dialami oleh banyak orang. Kulit pisang boleh dimanfaatkan sebagai ubat semulajadi untuk menyingkirkan psoriasis.
Gosokkan bahagian dalam kulit pisang di kawasan yang terkena psoriasis.
Awalnya kawasan tersebut akan menjadi merah, namun dengan penggunaan secara terus-menerus akan kelihatan perbezaan hasilnya.

 2. Mengubati Jerawat
Kulit pisang juga boleh dimanfaatkan untuk keadaan kulit lain iaitu sebagai ubat jerawat.
Gosokkan bahagian dalam kulit pisang pada jerawat. Setelah penggunaan rutin, jerawat tidak akan lagi kelihatan.
Untuk mendapatkan hasil terbaik, disarankan mengoleskan kulit pisang pada jerawat di malam hari.

3. Merawat Ketuat
Manfaat lain dari kulit pisang adalah merawat ketuat. Gosok bahagian dalam kulit pisang pada kutil setiap malam, kesannya akan kelihatan pada hari ke 7-10.
Sebagai alternatif, kulit pisang boleh dilekatkan pada kutil selama semalaman. Lihat hasilnya dalam 15 hari.

4. Mencantikkan Kulit
Untuk kulit kenyal yang indah, gosokkan bahagian dalam kulit pisang pada wajah sebelum tidur.
Biarkan semalaman, cuci keesokan harinya dengan air hangat.

5. Mengatasi Kerengsaan & Gatal
Alahan, kerengsaan kulit, dan lebam kulit juga boleh dirawat dengan kulit pisang.
Jika kulit gatal, tampal bahagian dalam kulit pisang pada kawasan yang terkena gatal dan biarkan semalaman.
Bahan kimia dalam kulit pisang akan membantu menyingkirkan rasa gatal.

6. Merawat Luka
Luka kerana kecederaan, terutama pada lutut boleh diubati dengan kulit pisang.
Gosok lutut dengan bahagian dalam kulit pisang dan lihat kesan penyembuhannya.

7. Memutihkan Gigi
Beberapa orang mendakwa bahawa menggosokkan bahagian dalam kulit pisang pada gigi secara teratur boleh membantu memutihkan gigi.
Kulit pisang perlu disapu pada gigi dengan gerakan melingkar.
Jika kulit pisang digunakan setiap hari, kesan pemutihan gigi akan kelihatan dalam masa kira-kira dua minggu.

8. Mengatasi Gigitan Nyamuk
Bila terkena gigitan nyamuk, kulit menjadi jengkel dan gatal.
Kulit pisang boleh digunakan untuk mengurangkan bengkak, gatal, serta iritasi yang disebabkan oleh gigitan nyamauk.

9. Mengkilapkan Aksesori Perak & Kulit
Kulit pisang ternyata boleh membuat aksesori yang diperbuat daripada perak dan kulit kembali berkilat.
Sebelum digunakan, disyorkan untuk melakukan ujian dengan meletakkan sedikit kulit pisang di tempat yang tidak mudah dilihat pada aksesori tersebut.

10. Pupuk Kompos
Kulit pisang boleh juga digunakan sebagai baja kompos untuk tanaman.
Kadar kalium dan fosforus yang tinggi pada kulit pisang terbukti sangat membantu apabila digunakan sebagai baja kompos

KE LAMAN UTAMA...>>>