• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Translate

Makan mi telan sudu

GAMBAR X-ray (kiri) menunjukkan sudu di dalam perut wanita berkenaan. Kanan, contoh sudu yang ditelannya.  
Doktor di sebuah hospital di China berjaya mengeluarkan sudu besi sepanjang 15 sentimeter dari perut seorang wanita setelah dia tertelannya ketika makan mi di rumahnya. 

Menurut Yin Jian, doktor yang merawat mangsa yang dikenali sebagai Wang, wanita berusia 27 tahun itu dibawa ke hospital selepas mengadu tertelan sudu itu dan memintanya membantu mengeluarkannya. 

“Kami mulanya tidak percaya. Kami bertanya bagaimana kejadian itu berlaku. Dia mengaku tertelan sudu itu ketika makan mi,” kata Jian. 

Menurut doktor berkenaan, jawapan Wang mengejutkan dia dan rakannya. “Pertama, masyarakat China tidak makan mi menggunakan sudu. Kemudian, sudu itu terlalu besar. Tidak mungkin ada orang yang tertelannya. 

KE LAMAN UTAMA...>>> 

http://www.altiraashoppe.blogspot.com/