• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Translate

Jutawan Mesir akan beli pulau untuk pelarian Syria

Seorang jutawan Mesir, Naguib Sawiris menawarkan untuk membeli sebuah pulau di Greece atau Itali dan membangunkannya bagi membantu beratus-ratus ribu pelarian dari Syria dan konflik lain. Hartawan telekomunikasi itu mengumumkan inisiatif tersebut di Twitter. “Greece atau Itali menjual sebuah pulau kepada saya. Kemudian, saya akan membangunkan pulau tersebut dan memberikan pekerjaan kepada pelarian.
“Negara baharu akan diwujudkan untuk mereka,” katanya. Lebih 2,300 orang terkorban di laut ketika mahu ke Eropah sejak Januari lalu, kebanyakannya penduduk Syria yang melarikan diri dari negara mereka yang me­ngalami konflik sejak empat tahun setengah lepas. Sawiris dalam satu wawancara televisyen berkata, beliau akan berbincang dengan kerajaan Greece dan Itali tentang rancangannya.
Ditanya oleh AFP sama ada tentang keberkesanan perancangannya, Sawaris berkata, sudah tentu perkara itu boleh dilaksanakan. “Mereka mempunyai berpuluh-puluh buah pulau yang tidak berpenduduk dan itu sudah boleh menampung ratusan ribu pelarian,” jelasnya. Sawiris berkata, sebuah pulau di Greece atau Itali bernilai antara AS$10 juta (RM42.5 juta) dan AS$100 juta (RM425 juta). Bagaimanapun, perkara utama adalah pelaburan dalam infrastruktur di pulau berkenaan. Sawiri sebelum ini pernah membangunkan sebuah pulau di pantai Laut Merah, yang kini dikenali sebagai Pusat Peranginan El Guona.