• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Translate

Guna `Kad Izin Pacaran` Tunggang Motosikal

GAMBAR menunjukkan kad izin berpacaran yang diberikan wanita itu kepada polis sementara gambar kanan, wanita itu menangis selepas dimarahi polis.

Seorang wanita di Indonesia yang panik selepas ditahan kerana menunggang motosikal tanpa lesen menunjukkan kepada polis kad izin berpacaran yang direkanya sendiri.

Malangnya, wanita itu bukan sahaja dikenakan tindakan kerana tiada lesen memandu, tetapi turut disiasat atas tuduhan cuba mempermainkan pihak berkuasa dengan menunjukkan kad berkenaan.
Kejadian melucukan itu menjadi viral selepas disebarkan kumpulan pemotoran di laman Facebook baru-baru ini.
Wanita itu yang dikenali sebagai Maya Riyanti dikatakan ditahan polis ketika menunggang motosikal di Jakarta.
Polis terkejut dengan tindakan Maya menunjukkan kad izin berpacaran itu yang lengkap dengan tanda tangan ibu bapanya memarahinya menyebabkan dia menangis dan meminta maaf. - Agensi