• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Translate

9 Kewajipan Ibu Bapa Terhadap Anak

Tanggungjawab Bapa Terhadap Anak Yang Baru Dilahirkan.
Diazankan Pada Telinga Kanan & Diiqamatkan Pada Telinga Kiri.
Supaya kalimat seruan tentang kebesaran Allah menjadi seruan pertama yang didengar oleh bayi.
Azan juga adalah untuk mengusir syaitan yang memang menanti-nantikan kelahiran bayi ini.
Tanggungjawab Bapa Terhadap Anak Yang Baru Dilahirkan.
Melakukan Sujud Syukur
Suami disunnahkan melakukan sujud syukur sebaik sahaja anak keluar dari rahim ibu sebagai tanda kesyukuran kepada Allah dan perbanyakkan zikrullah (Tasbih-Subhanallah, Takbir-Allahuakhbar & Tahmid-Alhamdulillah)
Tanggungjawab Bapa Terhadap Anak Yang Baru Dilahirkan.
Memberi Nama Yang Baik Kepada Anak.
Ibu bapa disunnahkan memberi nama pada hari ketujuh atau pada hari bayi dilahirkan. 
Nama bayi haruslah mengandungi makna yang baik.
 Tanggungjawab Bapa Terhadap Anak Yang Baru Dilahirkan.
Membaca Surah Al-Insyirah Di Jari Manis Dan Ditahnikkan.
Bayi yang baru lahir disunnahkan Tahnik.
Iaitu mengunyah kurma sehingga lumat lalu menggosokkan kurma ke lelangit mulut bayi bagi melatih bayi mengunyah dan membantu menguatkan mulut bayi untuk makan.
Tanggungjawab Bapa Terhadap Anak Yang Baru Dilahirkan.
Mendoakan Anak.
Hadis riwayat oleh Tirmizi menyebutkan salah satu doa yang paling mustajab ialah doa ibubapa untuk anaknya.
Berdoalah memohon keberkatan untuk anak dan memohon perlindungan anak dari godaan syaitan.
Tanggungjawab Bapa Terhadap Anak Yang Baru Dilahirkan.
Bercukur Rambut
Disunnahkan untuk mencukur rambut bayi pada hari ketujuh kelahiran bayi. 
Rasulullah SAW menyuruh supaya mencukur rambut bayi dan disedekahkan berat timbangan rambutnya dengan nilai perak.
Tanggungjawab Bapa Terhadap Anak Yang Baru Dilahirkan.
Aqiqah Untuk Anak Lelaki
Hukum Aqiqah adalah sunnah muakkad dan afdhal dilakukan pada hari ketujuh kelahiran bayi sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah SWT kerana telah mengurniakan anak.
Bayi lelaki sunnah diaqiqahi dengan 2 ekor kambing.
 Tanggungjawab Bapa Terhadap Anak Yang Baru Dilahirkan.
Aqiqah Untuk Anak Perempuan.
Hukum Aqiqah adalah sunnah muakkad dan afdhal dilakukan pada hari ketujuh kelahiran bayi sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah SWT kerana telah mengurniakan anak.
Bayi perempuan sunnah diaqiqahi dengan 1 ekor
kambing.
 Tanggungjawab Bapa Terhadap Anak Yang Baru Dilahirkan.
Mengkhatankan Anak.
Sunnah dikhatankan bayi pada hari ketujuh kelahiran untuk kebersihan dan mencegah penyakit seksual.
Menjadi sunat untuk bayi perempuan dan satu kewajiban bagi bayi lelaki.
Tanggungjawab Bapa Terhadap Anak Yang Baru Dilahirkan.
Firman Allah SWT yang bermaksud :
Wahai orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api Neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu: Penjaganya malaikat-malaikat yang kasar,keras; tidak menderhaka Allah terhadap segala yang diperintahkan-NYA kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.

“Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka”- sumber