• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Translate

10 Amalan Harian Meningkatkan Keupayaan Minda

Ini adalah antara 10 amalan harian, insyallah dapat meningkatkan keupayaan minda anda

01. Berjalan - jalan dengan kawan  
Latihan fizikal, perhubungan sosial dan ransangan mental merupakan penguat kepada otak kita. 

02. Menyelesaikan puzzled dan bermainan permainan menguji minda 
Bermain permainan seperti sudoku atau cuba menyelesaikan silang kata yang sukar menggunakan banyak sel otak. Doktor selalu menasihatkan orang yang mempunyai masalah untuk FOKUS supaya bermain permainan video selama beberapa minit setiap hari untuk meningkatkan keupayaan otak untuk fokus kepada hal-hal tertentu. 

 03. Meditasi  
Amalan meditasi tidak semudah yang disangka. Tetapi, jika anda dapat memasukkannya dalam amalan dan rutin harian, ianya memberi kesan jangka panjang untuk memperbaiki memori otak anda. 

04. Diet sihat  
Diet harian kita memberi kesan besar terhadap otak kita. Otak kita menggunakan lebih 20% nutrien dan oksigen yang kita ambil. Oleh itu, beringatlah untuk memberi otak anda 'makanan' yang sihat. 

05. Berfikir secara Positif  
Stress dan kemurungan membunuh neuron dalam otak dan melambatkan proses pembentukan neuron baru. Kajian menunjukkan berfikiran positif, terutamanya tentang masa hadapan, mampu mempercepatkan pembentukkan sel baru dan mengurangkan stress dan kemurungan. 

06. Ketawa 
Ketawa boleh membebaskan bahan kimia endorphin otak secara semulajadi yang mengurangkan kesakitan dan meningkatkan kegembiraan. Ketawa dikenali sebagai pengurang stress semulajadi. Menonton rancangan komedi, membuat lawak adalah antara cara meningkatkan endorphin. 

07. Mendengar muzik/lagu  
Mendengar muzik boleh merangsang bahagian kanan otak kita. Mereka yang mendengar muzik biasanya lebih bijak berbanding yang kurang mendengar muzik. 

08. Melakukan 'self-hypnosis' 
Teori hipnosis mengundang bermacam persoalan, namun ramai yang beranggapan bahawa hipnosis adalah benar. Anda boleh mengubah aspek proses pemikiran dan mengalihkan fokus anda dengan 'self-hypnosis'. Kajian menunjukkan hipnosis dapat mengurangkan stress, meningkatkan ketahanan terhadap kesakitan (fizikal dan mental) dan melegakan fikiran. 

09. Tetapkan matlamat 
Menentukan sasaran mengaktifkan bahagian otak yang berkaitan dengan pemikiran dan tindakan positif. Mempunyai matlamat hidup penting untuk mencapai kejayaan dan kebahagiaan seterusnya memberi impak positif terhada otak. 

10. Rutin tidur dan bangun 
Masa tidur dan bangun yang tidak tetap memberi kesan buruk terhadap badan dan otak anda. Mempunyai masa tetap untuk tidur dan bangun setiap hari mampu menjaga kesihatan otak. 

KE LAMAN UTAMA...>>> 
http://www.altiraashoppe.blogspot.my/