• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Translate

Gunakan Seks Untuk Politik

Parti Seks Australia kembali menyertai arena politik negara tersebut setelah dua bulan status pendaftarannya dibatalkan, lapor portal berita ABC Australia.

Pada Mei lalu, Suruhanjaya Pilihanraya Umum Australia (AEC) membatalkan pendaftaran Parti Seks kerana tidak memenuhi syarat keahlian, iaitu gagal menunjukkan secara sah bahawa parti itu mempunyai sekurang-kurangnya 500 ahli.

Berikutan pengumuman pembatalan itu, sejumlah ahli Parti Seks Australia telah memuat naik gambar mereka dengan menunjukkan kad keahlian parti, dengan sebahagian daripada mereka beraksi dengan pakaian yang seksi.

Ketua parti itu yang dipilih melalui Majlis Perundangan Victoria, Fiona Patten menyatakan bahawa isu pembatalan itu telah membuatkan ramai penyokong parti marah dan memprotes ke atas AEC.

Parti tersebut mendakwa mempunyai lebih daripada 6,000 ahli di seluruh Australia. Begitupun, Patten percaya bahawa pembatalan tersebut berlaku kerana AEC antara lain menetapkan syarat sah keahlian iaitu mewajibkan butiran nombor telefon kediaman.

“Tapi perkembangan terbaru ini nampaknya mempunyai kelebihan tersendiri. Lebih ramai orang yang kini mahu menyertai parti kami.
“Orang yang bukan ahli juga marah dengan keputusan AEC dan menyatakan sokongan, malah sejumlah orang telah menyumbangkan dana untuk kami,” kata Patten yang berusaha untuk mengetengahkan wakil untuk bertanding dalam pilihan raya berikutnya di seluruh wilayah negara tersebut.

Antara misi perjuangan Parti Seks Australia adalah untuk menangani keperluan seksual rakyat dari aspek keseimbangan kerahsiaan dan publisiti yang selama ini disalah erti oleh penggerak kempen moral serta ahli politik yang dianggap bersifat hipokrit.

Bagi mereka, konsep demokratik perlu memahami dasar yang tidak mendiskriminasi sebarang pihak kerana masyarakat Australia terdiri daripada pelbagai spektrum pendapat dan kebebasan berekspresi.

Pemilihan nama parti tersebut adalah untuk menarik perhatian ramai tentang kewujudan dan dasar perjuangan mereka dalam landskap politik Australia. (Stv)