• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Translate

Sahabat sejati....Dukung rakan ke sekolah selama tiga tahun


SEJAK tiga tahun lalu, Xu sanggup mendukung Chi ke sekolah bagi memastikan dia tidak tercicir dalam pelajaran.


Seorang pelajar di sini ternyata begitu berhati mulia apabila sanggup mendukung rakan baiknya yang cacat untuk ke sekolah setiap hari sejak tiga tahun lalu.

Pelajar berkenaan Xie Xu, 18, mula mengenali rakannya itu, Zhang Chi, 19, ketika menuntut di Sekolah Tinggi Daxu di Xuzhou yang merupakan sebuah bandar besar di wilayah utara Jiangsu, China.

Chi mengalami masalah distrofi otot yang menyebabkan kelemahan berterusan pada otot sehingga dia tidak mampu berjalan.

Oleh itu, Xu yang setinggi 1.73 meter dan seberat 75 kilogram sanggup mendukung kawannya itu termasuk di sekitar sekolah bagi memastikan dia menghadiri semua kelas.

“Kisah dua pelajar ini sangat menyentuh perasaan. Mereka bukannya adik-beradik, namun, Xu telah mendukung kawannya itu sejak tiga tahun lalu,” kata Penolong Pengetua Sekolah Tinggi Daxu, Guo Chunxi.

Kedua-dua pelajar itu tinggal di asrama yang berhampiran dengan sekolah tersebut. Jadi, Xu akan mendukung Chi dari asrama ke sekolah selain membantunya membeli makanan dan membasuh kain. – Agensi

KE LAMAN UTAMA...>>>

http://www.altiraashoppe.blogspot.com/