• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Translate

Gambar Rumah Nabi Muhammad SAW Yang Mungkin Kita Tidak Pernah Lihat

http://www.altiraashoppe.blogspot.com/
Diriwayatkan dari Anas ra dia berkata; 

“Saya masuk ke rumah Rasulullah SAW, waktu itu baginda sedang tiduran di ranjang dengan mengenakan selimut. Di atas kepalanya bantal yang terbuat dari kulit yang diisi serabut. Lalu, seorang sahabat masuk ke kamarnya yang diikuti oleh Umar. Rasulullah SAW membalikkan badannya sehingga Umar melihat baju Rasulullah SAW tersingkap antara punggung dan baju, lantas ia melihat ada bekas-bekas pada punggung Rasulullah SAW. Umar menangis. 

Lalu, Rasulullah SAW bertanya kepadanya, “apakah yang membuat kamu menangis?” Umar menjawab , “demi Allah, saya menangis setelah mengetahui bahawa engkau lebih mulia dari raja-raja dan kaisar. Mereka hidup sesuai dengan kemahuan di dunia (mewah dan kaya). Sementara engkau adalah Rasulullah(utusan Allah). Seperti yang saya lihat, engkau tidur di tempat seperti ini (sangat sederhana).” 

Rasulullah SAW lalu bertanya, “bukankah kamu suka kalau mereka mendapat kesenangan dunia sementara kita mendapat kesenangan akhirat?”. Umar menjawab, “ tentu, wahai Rasul.”. Kemudian Rasulullah SAW berkata lagi, “ Memang demikianlah adanya.” (Hadis Riwayat Ahmad) 

Nabi kita adalah kekasih ALLAH, namun tak pernah punya rumah besar, apa yang ada cuma sebuah rumah yang terbahagi kepada ruang solat, ruang tamu, kamar Saidatina Fatimah Az-Zahra iaitu puteri bongsu baginda dan kamar Rasulullah sendiri. Sementara rumah itu pula hanya beratap pelepah daun kurma bagi menghalang cahaya matahari daripada menembusi ruang dalam rumah. Diatas adalah gambar replika binaan semula rumah berkenaan untuk renungan kita. 

Diriwayatkan dari Aisyah ra, dia berkata, “Rasulullah SAW menghamparkan sebahagian tikar diwaktu malam dan baginda solat di atasnya. Baginda pun menghamparkan tikar itu disiang hari untuk tempat orang-orang duduk” (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Al-Baihaqi) 

Inilah Gambar Rumah Nabi Muhammad SAW Yang Anda Mungkin Tidak Pernah Lihat
1
Ini adalah Gambar Rumah Nabi Saw dan Sayyidah Khadijah as, dimana tempat mereka berdua tinggal selama 28 tahun.

2
Di atas ini gambar sisa runtuhan rumah Nabi Saw & Sayyidah Khadijah as yang dilihat lebih dekat.

3
Gambar di atas ini adalah runtuhan pintu masuk ke kamar Rasulullah Saw di rumah Sayyidah Khadijah as

4
Di atas ini adalah Gambar runtuhan tempat Sayyidah Fatimah as, puteri kesayangan Rasulullah Saw dilahirkan.

5
Gambar di atas adalah sisa runtuhan kamar Rasulullah Saw dan Sayyidah Khadijah as.

6
Di atas ini adalah gambar runtuhan mihrab tempat Rasulullah saw bersolat.

7
Gambar di atas ini adalah Mihrab Rasullah SAW. asalnya terletak di sebelah selatan Qubbah tempat turunnya wahyu

8

Gambar di atas ini adalah Bak air yang di gunakan Rasullalah SAW untuk berwudhu yang terdapat di rumah beliau

9
Gambar di atas ini adalah Masjid Imam Ali Al Uraidhi di Madinah yang telah di bongkar

11
Gambar di atas ini adalah tempat pemakaman keluarga Nabi SAW.

12

Gambar di atas ini adalah makam Sayyidah Khadijah as (yang besar) dan puteranya, Qasim (yang kecil) di sudut.


Jikalau nak dibandingkan dengan rumah umat2nya sekarang…jauh berbeza sangat, dan kadang-kala rumah yang dibina itu bukan sekadar tempat berteduh, mungkin tidak salah miliki rumah besar yang selesa untuk keluarga, rumah yang besar dijadikan aras tanda kedudukan, lebih malang lagi ia jadi tanda bermegah-megah. Moga kita hidup dalam kesederhanaa, miliki rumah besar itu tak salah, tapi biar berpada-pada, kerana masih ada insan yang duduk dibawah jambatan, apakah anda pernah terfikir untuk membantu mereka.  

KE LAMAN UTAMA...>>>
http://www.altiraashoppe.blogspot.com/