• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Translate

Wanita alami penyakit makan ketika tidur

ARCHIBALD kini mengalami masalah berat badan kerana menghidap penyakit makan ketika tidur. 

Seorang wanita yang juga mahasiswa universiti di Aberdeen,Scotland mendapat perhatian media setelah dilaporkan menghidap penyakit makan tanpa sedar ketika tidur (Nocturnal Eating Disorder) yang menyebabkan dia mengalami kenaikan berat badan.

Pelajar jurusan Falsafah dan Agama Dunia, Kate Archibald, 20, itu berkata, dia tidak tahu mengapa berat badannya semakin bertambah sejak beberapa bulan lalu kerana dia sangat menjaga aspek pemakanan.
“Suatu ketika selepas terjaga daripada tidur saya melihat pelbagai jenis bungkusan makanan ada di katil. Saya tidak menyangka saya telah makan makanan itu ketika tidur.
“Malah, suatu hari sebaik terjaga, saya dapati ada sebungkus keju yang telah dimakan separuh di tepi katil dan disebabkan itu saya membuat keputusan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan berkenaan penyakit yang saya alami,” katanya.
Menurut doktor yang merawat Archibald, penyakit yang dihidapi oleh wanita itu merupakan salah satu simptom kepada penyakit parasomnia iaitu gangguan ketika tidur dan kes itu jarang sekali ditemui.
“Penghidap Nocturnal Eating Disorder bukan sahaja tidak menyedari mereka makan, malah terdapat kes mereka menyelongkar peti ais dan ada juga yang memasak hidangan semasa tidur,” ujarnya. – AGENSI