• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Translate

Sejak 3 pagi...Masjid Tok Guru sesak dengan ribuan manusia

Masjid Tok Guru, Pulau Besar di Kelantan, lokasi untuk solat jenazah, sesak dengan ribuan umat Islam biarpun  jam 3 pagi.
Rata-rata umat Islam dari seluruh pelusuk negara mahu memberi penghormatan terakhir kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
masjid
Malah, media sosial seperti Facebook dan Twitter penuh dengan paparan gambar suasana di masjid berkenaan, selain ucapan dan doa.

Tidak kurang juga yang memetik ungkapan kata-kata, nasihat dan menyebarkanya melalui media sosial sebagai tanda kekagiman terhadap ulama tersohor itu.
Malah, masyarakat bukan Islam turut bersedih atas pemergian Nik Abdul Aziz yang mesra dipanggil sebagai Tuan Guru, dan menyatakannya melalui medium sama.
nika
Ramai menjangka suasana majlis pengebumian Allahyarham penuh sesak dengan mengulangi pemergian bekas Presiden PAS, Datuk Fadzil Noor, bahkan lebih lagi.

Ia berikutan Allahyarham dikenali umum sebagai ulama yang memeiliki ketinggian ilmu agama yang tinggi tetapi bijak berpolitik, bahkan zuhud dan memiliki akhlak terpuji.
Sungguhkan sinonim dengan imej pemimpin pembangkang, Allahyarham sentiasa dihormati kawan dan lawan lantaran kesantuanan dan ketegasannya sekaligus.
nik1
Allahyarham disahkan meninggal dunia jam 9.40 malam tadi dan jenazahnya dibawa pulang ke rumahnya di Kampung Pulau Melaka, Kelantan.

Allahyarham disahkan meninggal dunia jam 9.40 malam tadi dan jenazahnya dibawa pulang ke rumahnya di Kampung Pulau Melaka, Kelantan.