• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Translate

Artis Dihukum Penjara 26 Tahun Kerana Menghina Nabi Muhammad

Veena Malik artis Bollywood kelahiran Pakistan telah dihukum penjara selama 26 Tahun oleh sebuah mahkamah di Pakistan setelah didapati bersalah menghina Nabi Muhammad. 

Veena didakwa menghina Nabi Muhammad dalam satu program televisyen dengan mengubal semula perkahwinannya dengan suaminya berdasarkan perkahwinan puteri Nabi Muhammad S.A.W. manakala lagu agama lain dimainkan sebagai muzik latar menurut perbicaraan di mahkamah tersebut.

Veena, suaminya serta pemilik saluran televisyen itu didapati bersalah dan dihukum penjara selama 26 Tahun oleh Mahkamah Anti Terrorism di Pakistan. Veena dilaporkan akan membawa rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi. 

Veena Malik atau nama asalnya Zahida binti Mohammad Ali Malik lahir didalam keluarga Islam di Rawalpindi, Punjab Pakistan. Beliau mula menjadi artis pada tahun 2000 dengan membintangi beberapa filem Punjab di Pakistan. Kerjaya di Bollywood bermula pada tahun 2012. 

Veena pernah mencetuskan kontroversi apabila beliau muncul separuh bo gel dimuka hadapan sebuah majalah FHM edisi India. 

Veena mengahwini seorang ahli perniagaan bernama Asad Bashir Khan Khattak di sebuah majlis persendirian di Dubai. Pasangan ini mempunyai seorang cahayamata bernama Abram Khan Khattak yang dilahirkan pada 23 Sept 2014.