• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Translate

Model bersiar tanpa seluar

Lukisan ini mungkin paling baik pernah dihasilkan atau warga New York sememang­nya memang langsung tidak mempedulikan apa yang berlaku di sekeliling mereka.

Satu rakaman menunjukkan seorang model berjalan di sekitar kejiranan Midtown di Manhattan tanpa seluar tetapi tidak disedari orang sekeliling.

Kaki model ini dicat dengan warna menyerupai jean, lengkap dengan kesan jahitan.

Rakaman lucu itu sebahagian daripada eksperimen sosial dilakukan oleh Model Pranksters untuk melihat daya ketajaman pemerhatian orang ramai di New York.

Menurut Elite Daily, model berkenaan Leah Jung dicat oleh syarikat seni badan The Body of Art.

Video yang setakat ini sudah ditonton hingga hampir sejuta pengunjung dalam masa sehari, menunjukkan Leah menaiki kereta api bawah tanah, menuruni eskalator di Times Square dan makan tengah hari di McDonalds.

Sepanjang perjalanannya di tempat itu, tiada sesiapa yang menyedari sebenarnya Leah tidak memakai seluar.

Saat paling terbaik adalah rakaman ketika Leah memasuki rangkaian fesyen Forever 21 dan bertanya kepada seorang pekerja tempat dia boleh membeli 'jean' sama yang dipakainya.

Pekerja berkenaan memandang Leah dan 'jean' yang dipakainya lalu memberitahunya ia mungkin boleh didapati di tingkat bawah.

Bagaiamanapun, bukan semua orang tidak menyedari perkara itu.

Ketika dia membeli Metrocard, seorang lelaki datang menghampiri Leah lalu mengambil gambar 'jean' yang dipakainya dan kemudian segera beredar.

Leah sempat menoleh dan kertawa melihat keadaan itu kerana ada orang yang akhirnya benar-benar memberikan perhatian.

Kajian sama turut dilakukan awal tahun ini di utara Perancis.

Seorang model berjalan di sekitar bandar Lille de­ngan kaki dicat biru seperti jean dan hanya memakai seluar dalam 'g-string.'

Model Perancis ini membenarkan kawannya, jurumekap artis Marie P untuk melukis jean pada kakinya dan keluar untuk melihat reaksi orang ramai.

Dengan hanya memakai coli dan baju yang diikat ke paras pinggang, model itu memulakan perjalanannya.