• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Translate

Warga emas 103 tahun cabar pelari pecut Usain Bolt

Seorang warga emas berusia 103 tahun yang juga pemegang rekod dunia pelari pecut 100 meter (m) bagi individu berusia lebih 100 telah mencabar pelari pecut dunia, Usain Bolt dalam acara itu, lapor portal Daily News kelmarin.
Warga emas itu, Hidekichi Miyazaki yang juga pemegang rekod dunia acara pecut 100m dengan catatan 29.83 saat telah diberikan gelaran 'Golden Bolt' dan merancang sehingga lima tahun lagi untuk berlumba dengan jaguh dunia itu.
"Saya begitu teruja untuk berlumba dengan Bolt," kata Mayazaki kepada agensi berita AFP sewaktu ditemui pada pertandingan Japan Masters Athletics di Kyoto, Jepun.
Mayazaki dilahirkan pada tahun 1910 semasa zaman penguasaan Jepun ke atas Korea telah berkongsi tip kesihatan kepada Bolt yang memegang rekod pelari terpantas dunia dengan catatan masa 9.58 saat.
"Saya akan mengunyah makanan sebanyak 30 kali dan memakan jem jeruk limau buatan anak saya setiap hari," kata Mayazaki yang hanya memiliki berat badan 41 kilogram (kg) dengan ketinggian 152 sentimeter (sm). - Agensi