• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Translate

Unta RM6.8 juta

UNTA yang dijual dengan harga RM6.8 juta.
Seekor unta baru-baru ini dijual dengan harga SR8 juta (RM6.8 juta) di sini, antara yang tertinggi pernah dicatatkan di negara itu.
Unta muda itu dijual oleh tuannya, Alian Rashid Al Tuhaimi kepada Saleh Brak Al Rashidi, dua pemilik ladang unta terkenal di Arab Saudi. 
Laporan akhbar Sabq, unta itu dari baka yang sukar didapati. 
“Ia mendapat harga paling tinggi tahun ini dan antara yang paling tinggi dibayar untuk seekor unta Arab Saudi,” lapor akhbar itu.
Urusan jual beli itu dilakukan menjelang pertandingan ratu cantik unta yang akan diadakan di negara itu bulan depan. - Agensi