• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Translate

Reggae denyut nadi Jamaica

BOB Marley telah meletakkan muzik reggae di peta dunia dengan lagu-lagu menarik nyanyiannya.


ACARA utama pada malam yang penuh dengan kehangatan di Kingston, Jamaica itu dilihat ibarat persembahan tinju popular yang hanya beberapa jam lagi bermula.
Pada masa sama, di arena stadium tertutup kebangsaan telah dibanjiri pelbagai lapisan masyarakat yang terdiri daripada anak-anak muda hinggalah mereka yang berusia.
Sebaik sahaja artis reggae, Tarrus Riley memasuki pentas, jeritan gegak gempita telah memenuhi ruang arena berkenaan bahkan kelihatan begitu bersemangat sepanjang persembahannya.
Gerakan oleh pemuzik root reggae dan sosial yang dikenali sebagai Kebangkitan Reggae telah menyebabkan muzik berkenaan semakin meningkat naik di negara itu dengan genre dancehall menggunggulinya sejak dua dekad lalu.
Kebangkitan tersebut telah mengingatkan kepada muzik pada era kegemilangan reggae pada tahun 1970-an yang dipopularkan oleh legenda, Bob Marley.
Legenda ini telah meletakkan muzik reggae pada peta dunia dengan lagu-lagu menarik berkisarkan kepada kerohanian dan persekitaran masyarakat menerusi liriknya.
"Reggae kini telah kembali. Ia agak kehilangan dalam arah yang negatif dan ganas (tetapi) saya fikir ia telah menemui dirinya semula," kata Chris Blackwell, pengasas Island Records yang memperkenalkan kumpulan Bob Marley dan Wailers kepada dunia.
Melangkaui muzik

BOB Marley mencetuskan reggae yang menjadi denyut nadi muzik di Jamaica.

Kebangkitan semula root reggae menjadi tunjang kepada revolusi aman damai dalam sebuah negara yang sering bergolak dengan keganasan, kata Dutty Bookman, seorang penulis Jamaica yang menghasilkan dokumentasi pergerakan muzik tersebut.
Tambahnya, reggae telah melangkaui muzik itu sendiri apabila ia disifatkan seperti gerakan Arab Spring.
"Cinta, perpaduan, positif dan pencarian kebenaran telah mejadikan ia sebagai asas kepada pergerakan tersebut," katanya.
Jamaica merupakan tempat kelahiran muzik reggae yang telah menjadi fenomena antarabangsa.
Peminat muzik tersebut seluruh dunia harus berterima kasih kepada Marley yang telah meninggal dunia akibat kanser pada tahun 1981 pada usia 36 tahun.
"Reggae adalah denyut nadi Jamaica," kata Marley Ziggy, salah seorang anak Bob Marley yang meneruskan kesinambungan muzik reggae dan kini dalam persembahan jelajah untuk albumnya, Fly Rasta.
"Saya dapat merasakan bahawa Jamaica amat merinduinya.
"Pada tahun-tahun sebelumnya, ramai artis muda telah cuba beralih daripada muzik itu dengan genre dancehall, namun reggae adalah sesuatu yang diperlukan memandangkan ia merupakan muzik yang begitu memberi kesan mendalam kepada masyarakat," kata Ziggy.
Selepas zaman kegemilangan reggae, muzik tersebut mulai merosot manakala artis telah beralih arah daripada ganja iaitu dadah yang dianggap sebagai ubat rohani oleh mazhab Kristian Rastafarian di Jamaica.
Sebaliknya, mereka telah mengambil dadah yang lebih berat kesannya seperti kokain, kata Pengarah Muzium Jamaica, Herbie Miller.
"Kelalaian yang disifatkan sebagai istilah kepada perlakuan tidak baik, termasuk hubungan seks bebas dan keganasan telah menjadi norma yang mencetuskan kebangkitan dancehall.
Dancehall merupakan cabang reggae dengan bunyi yang bertenaga hiper dan seringkali ganas, membenci wanita termasuk lirik yang berunsurkan seks bebas.
Acara muzik
Pada tahun 1991, artis terkenal dancehall mempersembahkan reggae pada acara muzik tahunan Reggae Sunsplash Festival seperti Shabba Ranks, Yellowman, Buju Banton dan Ninjaman menyebabkan berlakunya persaingan sengit.
Malah, dancehall telah menjadikan reggae beralih dengan muzik rap berunsurkan gangster Amerika yang dipimpin oleh artis seperti Snoop Dog, iaitu artis rap yang laris di Amerika.
Bagaimanapun, dancehall telah digemparkan dengan beberapa siri skandal yang melibatkan beberapa bintang berkenaan.
Pemenang anugerah Grammy, penyanyi Buju Banton didapati bersalah pada tahun 2011 apabila terlibat dengan konspirasi kokain dan didakwa atas kesalahan mengedar yang kini sedang menjalani hukuman penjara selama 10 tahun.
Sementara itu, bintang dancehall, Vybz Kartel telah dijatuhi hukuman penjara seumur hidup di Jamaica kerana membunuh bekas rakan kongsinya pada bulan April lalu.
Meskipun semakin pudar, pengaruh reggae masih boleh bertahan dalam arus perdana muzik pop Amerika, termasuk lagu hit Bruno Mars pada tahun 2012 iaitu Locked Out of Heaven.
Penghormatan

KINGSTON merupakan ibu negara dan bandar terbesar di Jamaica.


Mars juga telah memberi galakan terhadap reggae dengan melakukan persembahan penghormatan kepada legenda Bob Marley pada acara Grammy 2013 bersama Sting, Rihanna dan dua anak lelaki Marley iaitu Ziggy dan Damian dengan lagu utama pada tahun 1980 iaitu Could You Beloved.
Pada masa sama, Snoop Dogg turut menukar namanya pada tahun 2012 selepas lawatan ke Jamaica dan mengumumkan pertukaran kepada pergerakan Rastafari dengan nama terbaharu, Snoop Lion.
Dalam carta teratas beliau pada tahun 2013, album calon Grammy Reincarnated telah meletakkan reggae teguh kembali dalam peta dunia yang menggabungkan reggae dan dancehall.
Pada 23 Ogos lalu, kedudukan Billboard bagi artis Chronixx's dengan albumnya Dread & amp; Terrible, menjadikan album reggae artis berkenaan keempat terlaris.
Sementara itu, album Ziggy Marley iaitu Fly Rasta berada pada kedudukan ketiga manakala Snoop Lion's dengan album Reincarnated berada pada kedudukan keenam.
Kemunculan artis baharu dalam kebangkitan reggae termasuk Protoje, Tarrus Riley, Chronixx, Jah9 dan Kabaka Pyramid telah memainkan muzik reggae dengan mesej bertunjangkan Rastafarianism.
"Apa yang anda perlu dan bagaimana kamu melihat dan apa yang kamu tidak perlu, itulah dancehall.
"Dalam kebangkitan semula reggae itu, ego sedang dibawa keluar daripada muzik," kata kata Kabaka Pyramid, yang berada pada kedudukan teratas dalam carta Billboard's Next Big Sound tahun lalu.
Kebangkitan itu juga sedang dipupuk oleh Billy Wilmot, legenda vokalis Jamaica, pemain gitar dan penulis lagu untuk Mystic Revealers iaitu sebuah band reggae Jamaica yang ditubuhkan pada tahun 1970-an.
Jamnesia telah menjadi lokasi kepada mana-mana artis untuk kebangkitan reggae dengan mengasah bakat mereka bagi melakukan persembahan secara langsung.
"Reggae sentiasa menjadi muzik kesedaran dalam masyarakat.
"Ia mungkin bukan perkara yang ingin kamu mahu dengar, namun ia memang berlaku dalam masyarakat," ujar Wilmot.
Root reggae dan dancehall mungkin mempunyai perbezaan dari segi bunyi dan mesej, tetapi kedua-duanya tidak semestinya ada persefahaman ekslusif.
Ini kerana sesetengah artis reggae telah memasukkan elemen-elemen rap daripada dancehall termasuklah genre oleh Damian Marley dan Tanya Stephens.