• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Translate

Bahana ketagih iPhone

WANITA berkenaan menggunakan kaki untuk memaksa teman lelakinya melepaskan telefon bimbitnya.
Seorang wanita yang bosan mengheret teman lelakinya sepanjang sebuah stesen kereta api bawah tanah selepas kekasihnya itu enggan berhenti bermain telefon bimbitnya.
Gambar dirakam penumpang lain menunjukkan wanita itu kecewa dan berang terhadap kekasihnya sebelum dia mengheretnya dari tempat duduk dan keluar dari pintu stesen kereta api bawah tanah di Beijing.
Lebih menarik lagi, ketika lelaki itu diheret sepanjang stesen berkenaan, matanya masih tertumpu pada iPhonenya.
Orang ramai terkejut melihat keadaan itu berterusan dengan wanita itu memegang telefon berkenaan untuk mengheret teman lelakinya.
Satu ketika dia meletakkan kaki pada mulut kekasihnya untuk cuba memisahkan dia dengan telefon pintar itu, tetapi kekasihnya enggan melepaskannya.
Wanita itu kemudian mengheretnya memasuki kereta api lain.
LELAKI terbabit masih memberi tumpuan pada telefonnya walaupun diheret memasuki kereta api lain.
Kejadian begitu tegang tetapi ada yang percaya ia hanya lakonan untuk sebuah syarikat telefon bimbit.
Namun, bagi mereka yang merakam peristiwa itu menerusi telefon bimbit masing-masing, yakin ia bukan gimik.
“Saya terkejut jika ia lakonan.Saya sendiri melihat seorang kanak-kanak menangis melihat pasangan itu menjerit antara satu sama lain ketika wanita itu cuba merampas telefon itu daripada lelaki berkenaan,” kata saksi, Yuan Feng.
Feng berkata, wanita itu berada di depan teman lelakinya yang berjalan terlalu perlahan sambil matanya tertumpu pada telefon hingga menyebabkan mereka mungkin terlepas kereta api.
“Dia hilang sabar dan cuba merampas telefon teman lelakinya.
Apabila usahanya gagal, dia mengheret lelaki itu memasuki kereta api sebelum pintunya ditutup.
Wanita itu menjerit menyuruh temannya melepaskan telefon, tetapi dia enggan,” kata Feng.

KE LAMAN UTAMA...>>>