• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Translate

Awas kencing tersekat-sekat

Kanser anggota reproduktif mungkin jarang didengar di dalam masyarakat berban­ding kanser lain seperti payudara, tulang dan otak. Namun, ia biasanya berlaku dengan menyerang pundi prostat, buah zakar dan zakar.
Seperti kanser lain, jangka hayat mereka yang menderita pe­nyakit ini dapat dipanjangkan jika dikesan pada peringkat awal. 
Kanser pundi prostat biasanya menyerang lelaki berusia 65 tahun ke atas. Ia jarang dikesan pada mereka berusia di bawah 50 tahun. 

Tanda awalnya ialah bengkak pundi prostat, sekali gus menyebab­kan salur kencing tersekat. Mereka yang menderita kanser ini akan menghadapi masalah kencing tidak puas atau tersekat-sekat.

Cara mengesan kanser pundi prostat:
● Kemunculan simptom kencing tidak lancar atau tersekat-sekat. 
● Buat pemeriksaan DRE (Digital Rectal Examination). 
● Ujian darah PSA. 
● Pemeriksaan kencing untuk kesan darah. 

Cara menghindar kanser pundi prostat: 
● Kurangkan memakan makanan berlemak. 
● Kurangkan memakan daging merah, sebaliknya banyakkan daging putih. 
● Makan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan. 
● Kawal berat badan. 

Sementara itu, kadar kanser buah zakar dan zakar berlaku adalah sebanyak satu peratus daripada kanser yang menyerang lelaki. Ia biasanya dikesan dalam kalangan mereka yang berusia dari 15 hingga 30 tahun dan jarang berlaku kepada mereka yang berusia lebih 40 tahun. 

Kemungkinan penyakit ini menyerang buah zakar yang tidak turun ke dalam kerandut adalah empat kali ganda lebih besar. Satu lagi fakta yang perlu diketahui jika ia berlaku kepada sesiapa, maka kemungkinan penyakit itu turut adik atau abang mereka ialah 10 kali ganda. 

Cara mengesan kanser buah zakar: 
● Kemunculan ketulan atau bengkak kepada buah zakar. 
● Menjalani pemeriksaan kendiri buah zakar (testicular self examination) yang patut dilakukan sebulan sekali atau mengikut kesukaan lelaki. Dilakukan ketika mandi, pemeriksaan dilakukan dengan dua tangan dan dilakukan daripada bawah ke atas serta depan ke belakang dengan meneliti bentuk buah zakar secara menyeluruh. 
● Perubahan kepada saiz, bentuk dan kemunculan ketulan perlu diselidik dengan berjumpa doktor.