• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Translate

Video...Junjung motosikal naik bas

RAKAMAN video menunjukkan lelaki terbabit mengimbangi motosikal menaiki bas.

Mengangkat motosikal ke atas bumbung bas bukan kerja mudah. Tetapi, menjunjung motosikal ke atas bas dengan mengimbangkannya di atas kepala anda sambil memanjat tangga lebih sukar, malah mustahil dapat dilakukan. 


Namun, seorang lelaki di India membuktikan ia boleh dilakukan, malah kelihatan tidak sukar.
Aksinya dirakam dalam satu video yang kini beredar di Internet. 


Dalam video itu, empat lelaki membantu mengangkat motosikal di atas kepalanya.

Dia kemudian mengambil masa beberapa saat untuk mengimbangkannya sebelum mendaki tangga hingga ke bumbung bas, menggunakan tangan untuk memegang tangga dan kepalanya untuk mengangkat motosikal berkenaan.

Sebaik tiba di atas, dua lelaki membantu mengangkat motosikal itu sebelum menyusun kenderaan itu di celah barangan lain. - Agensi 



KE LAMAN UTAMA...>>>
http://jantancoffee.blogspot.com/
http://mutiarasihat4u.blogspot.com/