• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Translate

Motivasi Untuk Menghafal Al-Qur'an

Kepada saudara dan saudari yang sudah merasakan diri anda sudah agak tua dan tidak mampu untuk hafal al-Quran banyak-banyak, yang mempunyai anak-anak dan bakal mempunyai anak, masih ada peluang untuk mendidik anak-anak anda dengan Al-Quran.


Daripada disumbatkan ke telinga anak-anak dengan lagu-lagu yang melalaikan, sampai ke dewasa pun mereka akan suka dengar lagu-lagu melalaikan. Banyak masa mereka rugi dan terbuang begitu saja. Tetapi jika dilatih dan diasuh anak-anak agar sentiasa dengar al-Quran atau ceramah agama, insyaAllah memori dan jiwanya akan terisi dengan kalimah-kalimah tayyibah yang berkat. Lama-kelamaan akan menjadi sebati insyaAllah.

Semua orang berasal dari "tidak pandai". Kemudian, berlatih naik basikal, pandu kereta, menulis, bertukang dan sebagainya, hingga mahir. Begitu juga dengan al-Quran, jika dari awal sudah dilatih, maka lama-kelamaan akan mahir.

Anak-anak anda sebagai aset anda dan bantuan langsung setelah anda meninggal dunia dan berada di alam barzakh. Sangat beruntungnya orang yang meninggalkan anak-anak shaleh, dan sangat rugi dan menyesal tidak habisnya orang yang meninggalkan anak-anak yang keduniaan dan ahli maksiat, wal 'iyaadzu billah.

Jom sama-sama tonton dan dengar serta hayati tips-tips dan motivasi untuk menghafal Al-Quran oleh Ustadz Ali Subana dan adik Ananda Musa dalam video di atas. Jazaakumullahu khair ....... :-)

Antara tips dari Abu Hanafi (ayah kepada Musa)

- Beliau mula-mula yakinkan diri bahawa ILMU itu kepunyaan Allah.

- Waktu Musa berumur 2 tahun, dia mula menampal huruf-huruf yang ditulis pada kertas (kertas besar) di dinding. Bermula dengan huruf Alif, ba, ta, satu persatu.

- Dia ajar ayat demi ayat. Peringkat permulaan. Dalam 2, 3 hari lebih kurang satu ayat dari surah-surah pendek. Bermula dengan Juz 30.

- Belum pernah dihantar Musa ke kumpulan Tahfiz tertentu, tetapi semuanya dilakukan di rumah beliau sahaja, ma syaa Allah.

- Dan yang perlu diketahui, kedua ibu-bapa Musa ini pun bukannya Hafal al-Quran. Tetapi dia hanya ajar anak-anaknya untuk hafal al-Quran, subhaana Allah. Begitu juga seperti kebanyakan Imam-imam besar yang hafal al-Quran dulu, orang-tua mereka biasanya tidak hafal al-Quran pun.

- Abu Hanafi ini pun bukan orang berada, tetapi dia atur cara anak-anaknya, seperti kawal tontonan mereka, sediakan buku-buku dan seumpamanya. Dia tanamkan kepada anak-anaknya, tentang mana yang buruk dan mana yang baik. Perkenalkan tentang Nabi Muhammad S.a.w.

- Dia buat jadual, selalunya selepas Subuh dan selepas Maghrib untuk anak-anaknya menghafal. Kecuali waktu bercuti dan seumpamanya.

- Perlu adanya kelembutan (seperti cium anak, ajak berjalan, dsbnya) , dan juga perlu ada ketegasan (amar ma'ruf nahi mungkar sbg contoh).

- Musa juga seperti kanak-kanak yang lain, ada masa bermain, ada masa menangis, dan sebagainya. Sekali-sekala perlu diberi waktu bercuti, seperti selama seminggu, kemudian sambung balik, barulah kanak-kanak itu tidak terlalu terbeban.

- Dia perkenalkan kepada Musa tokoh-tokoh agama dan seumpamanya. Kaset-kaset ceramah agama juga disukai Musa. Ini untuk memberikan Musa minat dengan agama, bukan sekadar menghafal al-Quran. Barulah dia tidak dilalaikan dengan hiburan-hiburan yang tidak berguna.


Antara tips dari Ustadz Ali Subana

- Kecerdasan seseorang budak itu pun perlu, kerana kalau tidak cerdas memang akan menyulitkan. Tetapi sebaiknya cuba dulu, kerana belum cuba belum tahu.

- Makan ikan juga bagus untuk memudahkan ingatan. Mungkin jenis-jenis ikan tertentu seperti Salmon lagi bagus. Sila anda cari sendiri maklumat tentang ikan-ikan yang bagus untuk memori (ingatan).

- Mahu banyak lagi sila tonton video di atas ....... Semoga Allah Ta'ala berikan kita semangat, kekuatan, kemampuan dan permudahkan kepada kita semua, amiin. sumber