• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Translate

Jutawan bujang cari isteri yang ‘suci dan asli’

Seorang jutawan di Wuhan dilaporkan menghabiskan sejuta yuan (RM511,992) kepada sebuah syarikat pengurusan perkahwinan untuk mencarinya seorang isteri yang ‘suci dan asli’, lapor akhbar Jingchu Daily.
Jutawan yang masih bujang bernama Rong itu dikatakan ‘gila bekerja’ sehingga jarang mempunyai masa untuk aktiviti sosial, malah tidak merokok atau minum arak. 
Ketika ditanya kenapa dia memilih khidmat ejen untuk mencari isteri, Rong berkata: “Saya mahu menggembirakan ibu saya dan kerjaya saya juga kini lebih stabil jadi saya mempunyai lebih masa untuk menikmati kehidupan bersama isteri dan keluarga. 

“Di tempat kerja saya memang tidak sesuai untuk memikirkan percintaan.
“Memang ramai wanita yang saya temui tetapi tidak seorang pun sesuai untuk dijadikan isteri. Bakal isteri saya mestilah ‘suci dan asli’ kalau tidak nanti saya akan cepat jemu.
“Namun pada masa sama saya mahu memastikan dia bahagia dan tidak kisah sama ada dia mahu menjadi suri rumah atau memulakan perniagaannya sendiri,” katanya. - Agensi