• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Translate

'Anu' dipatuk ular



Seekor ular dilaporkan muncul dan mematuk kemaluan seorang lelaki ketika dia duduk dalam sebuah tandas, kata paramedik di Israel semalam.
Bagaimanapun lelaki terbabit bernasib baik kerana ular itu tidak berbisa dan dia mampu berjenaka mengenai insiden itu.
Lelaki berusia 35 tahun dari utara Israel itu berkata, dia menyedari ada seekor ular menyerang selepas kemaluannya berasa panas seperti terbakar.“Apabila saya melihat ke bawah, saya nampak seekor ular di dalam mangkuk tandas,” katanya.
Sementara itu anggota paramedik di Pusat Perubatan Rambam di Haifa berkata, mangsa masih bersemangat walaupun mengaku terkejut dengan kejadian itu.
“Walaupun ular itu tidak berbisa, patukannya meninggalkan parut pada kemaluan mangsa,” katanya.
Menurut paramedik itu, pengalaman merawat mangsa patukan ular di kemaluan lelaki adalah yang pertama untuknya. “Dia bernasib baik kerana semua ujian tidak menunjukkan ada ancaman kesihatan dialami mangsa,” katanya. - Agensi