• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Translate

Misteri Lagu Al-Haq Yang Satu (Mawi & Dato AC Mizal)

Lagu ini terdapat satu doa dalam liriknya yang baik untuk diamalkan.
“Allahu ya hafizu nafsi wa ruhi” (Ya Allah, peliharalah diriku dan rohku)
“Bismillahi Jibril” (Dengan nama Allah, Jibril)
“Fi Yamini” (Pada kananku)
“Bismillahi Mikail” (Dengan nama Allah, Mikail)
“Fi Shimali” (Pada kiriku)
“Bismillahi Israfil” (Dengan nama Allah, Israfil)
“Fi Amami” (Pada hadapanku)
“Bismillahi Izrail” (Dengan nama Allah, Izrail)
*Ianya dikenali sebagai Hizib Al-Hafiz/Doa Bismillah 9. Antara kelebihannya adalah sebagai doa pelindung daripada syaitan dan hasad dengki. -sumber
Info Tambahan:
Hizib al-Hafiz merupakan sebuah doa yang tidak popular, maka itulah sukar untuk dikorek di laman-laman sesawang dan ia jarang diperkatakan apatah lagi diamalkan.
Hizib Al Hafiz adalah satu hizib yang mempunyai khasiat dan faedah agar sentiasa dalam jagaan dan lindungan Allah SWT. Jika kita menjadikan hizib ini sebagai wirid yang berterusan Insya Allah akan sentiasa dalam lindungan dan jagaan Allah SWT dengan sentiasa dikawal oleh para malaikat di mana saja kita berada.
Cara mangamalkannya adalah seperti berikut:
1. Hadiahkan surah Al Fatihah kepada Nabi Muhammad SAW. (1 kali)
2. Hadiahkan surah Al Fatihah kepada seluruh Rasul dan Malaikat Allah (1 kali)
3. Hadiahkan surah Al Fatihah kepada wali-wali Allah, ulama dan seluruh kaum muslimin (1 kali)
4. Membaca selawat ke atas Nabi Muhammad SAW (1 kali atau lebih)
5. Kemudian disambung dengan membaca Hizib Al-Hafiz seperti berikut: