• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Translate

Wanita pendiam bilionair termuda

Wanita berusia 24 tahun menjadi buah mulut orang apabila dinamakan bilionair termuda dunia, menggantikan pengasas Facebook.
Perenna Kei, graduan Universiti London yang tinggal di Hong Kong dinamakan Forbes sebagai hartawan termuda dunia bernilai $1.3 bilion (RM4.2 bilion) dalam senarai orang terkaya tahunannya. 
Pengumuman itu mengejutkan berikutan Perenna dikenali sebagai wanita yang lebih suka menyendiri dan berahsia. 
Perenna meraih kekayaan selepas penyenaraian syarikat milik bapanya, taikun China Ji Haipeng.
“Kemunculan Perenna dalam senarai tahun ini berikutan penyenaraian Logan Property Holdings di Hong Kong, Disember lalu,” kata Forbes.
Menurutnya, wanita itu yang juga dikenali sebagai Ji Peili mempunyai kepentingan 85 peratus dalam firma hartanah itu melalui pelbagai syarikat dan dana amanah. - AFP