• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Translate

Siswi pelakon porno terseksa

Seorang siswi Universiti Duke memang menjangkakan orang ramai akan membencinya sebagai pelakon filem lucah, tetapi dia tidak pernah bersedia menghadapi kebencian sehingga ada yang sanggup mengancam nyawanya. 
 
Malah, kata Belle Knox, 19, sesetengah pihak juga memuat naik butiran keluarganya di Internet dan mengugut untuk merogol atau membunuhnya. “Ia sangat dahsyat. “Keselamatan saya sekeluarga benar-benar terancam,” katanya.

Sejak dua bulan lalu, kerjaya Knox dalam bidang pornografi menggemparkan sekolahnya di Durham, North Carolina hingga satu tahap dia tidak boleh menghadiri majlis terbuka.


Kata Belle, keadaannya sangat memalukannya.

Kadang-kadang, katanya, ada lelaki mabuk akan menjerit kepadanya: “Kau bintang porno!” manakala golongan wanita pula memandangnya dengan sinis. Walaupun tidak pernah mendedahkan nama sebenarnya, Belle berkata, provasinya seakan diceroboh apabila ada orang memuat naik identiti lengkapnya di Internet. “Ia sangat teruk dan menakutkan betapa taksubnya mereka. “Mereka memandang saya seolah-olah saya sangat jijik,” katanya ketika ditemui media. Kesulitan hidup Belle bermula di sebuah parti apabila seorang lelaki yang pernah melihat aksinya dalam filem lucah mendedahkan rahsianya. - Agensi


KE LAMAN UTAMA...>>>


http://mutiarasihat4u.blogspot.com/

http://jantancoffee.blogspot.com/