• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Translate

Perkara pelik berkenaan Jambatan Sultan Abdul Halim

Jambatan Kedua Pulau Pinang

Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah digambarkan oleh juru perunding jambatan tersebut sebagai tempat yang paling selamat di Pulau Pinang. Punyalah selamat sehinggakan jika berlaku gempa bumi di Pulau Pinang, Aceh, Sumatrera atau lain-lain tempat di sekelilingnya, anda hanya perlu lari duduk atas jambatan itu saja. 


Jambatan ini telah dilengkapi dengan teknologi anti gegaran yang paling canggih di dunia.



Teringat saya berkenaan Kapal Titanic yang karam dilautan dalam dulu. Betapa terujanya para jurutera pereka dan pembina kapal besar itu sehingga mereka gambarkan dengan kenyataan, "Tuhan sendiri tidak mampu karamkan kapal besar itu!!!"



Elok kita sederhanakan dakwaan kehebatan kita dengan berkata Insyaallah, dengan izin Allah.


Perkara pelik:

Tiada Ruang Kecemasan Atas Jambatan:


Apa yang saya perhatikan sepanjang menaiki jambatan ini dari awal sampai hujung jambatan tak ada ruang kecemasan untuk kereta yang mengalami kerosakan atau kemalangan.



Memang ada jalan kecemasan (sempit yang hanya muat untuk satu kereta sahaja), tapi itu bukan ruang kecemasan. Jika ada kerosakan atau mengalami masalah tayar pecah atas jambatan, alamat memang sukar untuk menukar tayar tanpa mengganggu lalu lintas.



Dinasihatkan jangan buat apa-apa selagi tiada peronda lalu lintas yang memantau kerja tukar tayar kerana ianya amat membahayakan diri anda sendiri.



Itulah yang menghairankan saya kenapa mereka tak menyediakan ruang kecemasan pada jambatan paling kukuh dan paling panjang di Asia itu...?



Teori Kenapa Tak Ada Ruang Kecemasan:

Setelah berbincang dengan kawan-kawan semalam, kami mengeluarkan beberapa andaian kenapa pihak jambatan kedua tidak menyediakan ruang kecemasan. Berikut adalah kemungkinan yang ada:



Terlupa

Barangkali semua orang terlalu teruja nak siapkan projek mega itu, sehinggakan mereka terlupa bahawa ada kemungkinan berlaku kesesakan dan membahayakan jika kemalangan atau pecah tayar di atas jambatan.



Tunggu Fasa Ke-2

Ini satu lagi teori yang munasabah. Untuk membuat keuntungan yang lebih lagi, maka disengajakan tidak membina ruang kecemasan pada fasa pertama. Bila berlaku masalah nanti, maka fasa kedua terpaksa di rangka untuk membolehkan pembinaan ruang kecemasan. Ini dapat menambahkan keuntungan pembina atau kontraktornya.



Sengaja

Ini juga satu lagi kemungkinan berdasarkan perkiraan bahawa lalu lintas tidak akan berlaku kesesakan seperti mana yang berlaku pada jambatan Pulau Pinang pertama. Adalah diangarkan sebanyak 30% sahaja daripada kesesakan di jambatan pertama akan reda.



Ini bermakna kemungkinan hanya 30% sahaja jumlah kenderaan yang menggunakan jambatan pertama akan beralih kepada jambatan kedua. Oleh itu tak perlu pada ruang kecemasan. - sumber

KE LAMAN UTAMA...>>>

http://jantancoffee.blogspot.com/
http://mutiarasihat4u.blogspot.com/