• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Translate

Changi Singapura dipilih lapangan terbaik dunia

Lapangan Terbang Changi dipilih sebagai Lapangan Terbang Terbaik Dunia oleh pengguna udara buat tahun kedua berturut-turut dalam Anugerah Lapangan Terbang Dunia 2014, pada Ekspo Terminal Penumpang di Barcelona, Sepanyol pada Rabu.

Ia adalah kemenangan kelima oleh lapangan terbang itu dan pertama kali dalam sejarahnya memenangi kejayaan itu untuk dua tahun berturut-turut.

Incheon International Airport di tempat kedua, Munich Airport (3), Hong Kong International Airport (4), Amsterdam Schiphol Airport (5), Tokyo International Airport (Haneda) (6), Beijing Capital International Airport (7), Zurich Airport (8), Vancouver International Airport (9) dan London Heathrow Airport (10).

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Skytrax Edward Plaisted berkata: "Kemenangan menerima anugerah berprestij itu buat kali kedua berturut-turut menunjukkan bahawa Lapangan Terbang Changi bukan sekadar sebuah lapangan terbang.

Beliau berkata, ia menawarkan pengalaman pengguna dan terus membangunkan standard kualiti untuk sekali lagi dipilih menjadi lapangan terbang pilihan.

"Lapangan Terbang Changi terkenal sebagai pemimpin dan peneraju industri lapangan terbang yang menggembirakan dan mengejutkan pelancong yang bertuah dapat menikmati kemudahan di situ. Ia menunjukkan cara untuk mengalami dan menikmati pengalaman lapangan terbang sebagai sebahagian daripada pengalaman yang menarik, penting dalam dunia yang pantas bergerak hari ini," kata Plaisted dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Skytrax.

Changi turut memenangi anugerah Lapangan Terbang Terbaik bagi Kemudahan Santai.

CEO Lapangan Terbang Changi Lee Seow Hiang berkata: "Kami bangga atas kejayaan ini.

"Kami menghargai sokongan yang diberikan oleh pengguna dari seluruh dunia.

Perakuan ini memberikan motivasi dan dorongan untuk kami terus menetapkan matlamat pencapaian yang lebih tinggi.

Anugerah Lapangan Terbang Dunia itu yang meruoakan perakuan paling berprestij dalam industri lapangan terbang, diundi oleh pelanggan dalam kajian kepuasan pengguna lapangan terbang dunia terbesar setiap tahun.

Anugerah itu adalah berasaskan kepada 12.85 pencalonan pelanggan udara dari 110 negara, melibatkan 410 lapangan terbang di seluruh dunia.

Kajian itu menilai kepuasan pelanggan dalam 39 petunjuk prestasi utama dalam perkhidmatan dan produk lapangan terbang - daripada pemeriksaan masuk, ketibaan pemindahan, membeli-belah, keselamatan dan imigresen, sehinggalah pelepasan di pintu berlepas. - Bernama

KE LAMAN UTAMA...>>>