• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Translate

Adakah Bulan Berputar?

Pemerhati-pemerhati di Bumi mungkin telah mengetahui *bahawa Bulan pada dasarnya sentiasa berada pada sisi yang sama ketika ia menghadap planet kita semasa melalui orbitnya. Ini boleh membawa kepada persoalan , adakah bulan berputar ? 

Jawapannya adalah ya , walaupun ia mungkin kelihatan bertentangan dengan apa yang mata kita perhatikan.

Sisi “gelap” Bulan.
Bulan mengorbit Bumi sekali setiap 27.322 hari. Ia juga mengambil masa lebih kurang 27 hari untuk Bulan berputar sekali pada paksinya. Akibatnya, Bulan kelihatan seolah-olah tidak berputar dan dilihat oleh pemerhati di Bumi seolah-olah tidak bergerak langsung. Saintis memanggilnya sebagai putaran sychronous.
Sisi bulan yang sentiasa menghadap Bumi dikenali sebagai bahagian dekat bulan. Bahagian yang bertentangan atau "bahagian belakang" ialah bahagian jauh bulan. Kadang-kadang bahagian jauh ini dipanggil bahagian “gelap” bulan, tetapi ini tidak tepat. Bila Bulan berada antara Bumi dan Matahari, semasa bulan berada di fasa bulan baru, sisi belakang bulan bermandikan waktu siang.
Namun begitu orbit dan putaran bukanlah betul-betul sepadan. Bulan bergerak mengelilingi Bumi dalam orbit elips, bentuk bulatan yang sedikit diregang keluar. Apabila bulan berada paling hampir dengan Bumi, putarannya adalah lebih perlahan daripada pergerakannya melalui ruang angkasa, membolehkan para pemerhati untuk melihat tambahan sebanyak 8 darjah di sebelah timur . Apabila Bulan berada pada jarak paling jauh, putarannya adalah lebih cepat, jadi tambahan sebanyak 8 darjah akan dapat dilihat di sebelah barat .
Jika anda boleh membuat perjalanan di sekitar bahagian gelap bulan sebagaimana yang dilakukan oleh angkasawan Apollo 8 suatu masa dahulu , anda akan melihat permukaan yang sangat berbeza dari apa *yang anda bayangkan untuk lihat. Ketika bahagian dekat bulan kelihatan licin dengan maria ( dataran besar dan gelap yang dihasilkan oleh aliran lava yang memejal) serta pergunungan bulan yang bercahaya, bahagian jauh bulan dipenuhi dengan kawah yang sangat banyak.
Perubahan orbit
Tempoh putaran bulan tidak selalu sama dengan orbitnya mengelilingi planet ini. Sama seperti graviti bulan yang memberi kesan terhadap pasang surut lautan di Bumi, graviti dari Bumi juga memberi kesan kepada Bulan. Tetapi kerana bulan tidak mempunyai lautan, Bumi menarik di kerak , mewujudkan bonjol pasang surut di garisan yang menunjuk ke arah Bumi.
Graviti dari Bumi menarik benjolan pasang surut yang terdekat, dan cuba untuk menjadikan ia sejajar. Ini akan mewujudkan geseran pasang surut yang memperlahankan putaran Bulan. Lama kelamaan, putaran tersebut akan cukup perlahan untuk menjadikan orbit dan putaran bulan sepadan, dan permukaan yang sama akan dikunci, menyebabkan permukaan yang sama menghadap ke arah Bumi untuk selama-lamanya.
Bulan bukanlah satu-satunya satelit yang mengalami geseran dengan planet induknya. Banyak bulan besar lain yang berada di dalam sistem suria turut dikunci dengan pasangan mereka. Bulan-bulan yang lebih besar seperti satu-satunya bulan Zuhal iaitu Hyperion, yang berbentuk tidak tersusun dan berinteraksi dengan bulan-bulan lain, juga tidak diselaraskan. Keadaan ini tidak terhad kepada planet besar. Planet kerdil Pluto juga turut dikunci oleh bulannya iaitu Charon, yang hampir bersaiz sama dengan bekas planet utama ini.
Bumi (dan planet-planet lain ) tidak melepaskan diri sepenuhnya tanpa mengalami sedikit kecederaan. Sama seperti Bumi yang menggunakan daya geseran pada putaran Bulan, bulan juga menggunakan daya geseran pada putaran Bumi. Oleh itu, panjang satu hari akan meningkatkan beberapa milisaat setiap abad.- Sumber


http://jantancoffee.blogspot.com/
http://mutiarasihat4u.blogspot.com/