• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Translate

Sosej dari najis bayi

Sekumpulan penyelidik Sepanyol yakin sumber probiotik dari najis bayi merupakan bakteria sihat untuk badan.

Ketua penyelidik dari Institut Catalonia Makanan dan Penyelidikan Pertanian Girona, Anna Jofr√©  berkata, bakteria probiotik  seperti Lactobacillus dan Bifidobacterium banyak terdapat di dalam sosej dan sebahagian daripada teknik pembuatan paperoni dan salami yang memerlukan kaedah penapaian bakteria.

“Kami mengambil sampel najis 43 bayi sehingga berumur enam bulan. Najis itu digunakan untuk membuat sosej dipanggil ‘fuet’ atau  ‘chorizo’” katanya.

Beliau berkata, keputusan daripada kajian itu, kumpulan penyelidik dapat menghasilkan sosej berkualiti tinggi dengan kandungan probiotik terbaik.

“Kami makan dan rasanya lebih enak berbanding sosej biasa,” katanya laporan dipetik dari DailyMail.