• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Translate

Rancang bina bangunan tertinggi di dunia siap dalam tempoh 6 bulan

Sky City
Seorang jutawan dari China, Zhang Yue yang membina sebuah replika piramid dan istana Versailles bertekad untuk membina sebuah bangunan tertinggi di dunia dalam tempoh enam bulan.
Replika istana itu hampir sama dengan Istana Versailles di Versailles, Perancis.
Ahli peniagaan berusia 53 tahun itu merancang membina menara yang dikenali sebagai Sky City yang 10 meter lebih tinggi dari bangunan tertinggi dunia, Burj Khalifa di Dubai yang mempunyai ketinggian 829.8 meter.

GAMBAR yang dirakamkan pada 31 Disember lalu menunjukkan replika piramid yang dimiliki Yue di Changsa.
Bangunan Burj Khalifa mengambil masa selama lima tahun untuk dibina.
Beliau yang dianggarkan mempunyai kekayaan bernilai AS$180 juta (RM593 juta) merancang membina bangunan berkenaan pada Jun ini dan dijangka siap pada Disember depan.
Syarikat beliau, Broad Sustainable Building sebelum ini berjaya membina sebuah hotel setinggi 30 tingkat di Changsha dalam tempoh 15 hari.
Hotel siap dalam 15 hari

Bagaimanapun, rancangan beliau untuk membina bangunan tertinggi dunia dalam tempoh enam bulan itu mendapat halangan pihak berkuasa yang bimbang dengan faktor keselamatan bangunan berkenaan.
Pembinaan bangunan itu secara rasminya akan bermula pada tahun lalu tetapi terpaksa dihentikan atas arahan pihak berkuasa di bandar itu kerana masalah untuk mendapatkan permit. - Agensi
KE LAMAN UTAMA...>>>