• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Translate

Bekas model playboy rasa dihormati dengan berpakaian muslimah

Felixia Yeap, seorang wanita chinese non-muslim yang telah jatuh cinta dengan pakaian muslimah.

Beliau adalah seorang bekas duta dan model iklan pakaian dalam, bekas playboy bunny dan juga model bagi majalah playboy.

Namun setelah pergi jauh dalam kareer model dia merasakan ada sesuatu yang kurang dalam hidupnya.


Sehinggalah beliau membuat keputusan untuk berhenti dari menjadi model seksi dan mula bertutup aurat dengan pakaian muslimah.

Felixia Yeap menjelaskan dirinya terasa lebih selesa, selamat dan dihormati apabila mengenakan pakaian muslimah.

Keputusan beliau ini mendapat reaksi dari pelbagai pihak, terutamanya kenalan dan fans dimedia sosialnya seperti di facebook dan twitter.

Felixia kini giat mempromosikan baju muslimah. Ada yang menyokongnya dan ada juga yang merasa sangsi dengan tindakannya memakai pakaian muslimah memandangkan Felixia masih belum memeluk Islam.


Walaupun non-muslim, Felixia lemah lembut dalam berbicara dan suka menyebut Alhamdulillah dan Insya'Allah.

Sudah tentunya Islam adalah agama fitrah yang benar.

Setiap hati yang ikhlas mencari kebenaran akan mudah menemuinya didalam Islam.

Semoga Felixia Yeap diberikan hidayah oleh Allah swt.- sumber 

http://jantancoffee.blogspot.com/
 

KE LAMAN UTAMA...>>>