• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Translate

Pelajar diminta menilai saiz kemaluan masing-masing

Kementerian Pendidikan Indonesia semalam mengutuk keputusan pegawai sebuah bandar kecil di Aceh kerana meminta pelajar menilai kemaluan masing-masing dalam kajian di peringkat sekolah.
Soalan kesihatan itu - diedarkan kepada pelajar berusia 11 dan 12 tahun di bandar Sabang - mengandungi gambar kemaluan dan mereka diminta menyatakan saiz kemaluan masing-masing.

Pelajar juga ditanya sama ada mereka pernah mengalami mimpi erotik. Seorang ibu, Nurlina berkata, anak lelakinya diminta melengkapkan kaji selidik itu yang memaparkan kemaluan lelaki dan perempuan.


“Ia menunjukkan kemaluan dari saiz paling kecil hingga terbesar dan pelajar diminta menyatakan saiz yang paling hampir dengan kemaluan mereka,” katanya. Melihat kandungan kaji selidik itu, kata Nurlina, 40, dia mengarahkan anaknya tidak melengkapkan soalan berkenaan dan dia membuat aduan kepada sekolah. Pegawai pendidikan merancang mengedarkan kaji selidik itu ke enam sekolah rendah di Sabang tetapi hanya satu sempat dilakukan sebelum ia mencetuskan kemarahan orang ramai. Sementara itu, ketua Pejabat Pendidikan Sabang Misman berkata, kaji selidik itu cuba mahu menilai tahap kesihatan pelajar. “Namun saya tidak tahu menahu mengenai kewujudan gambar yang terlalu lucah itu,” katanya. - AFP