• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Translate

Mesin layan diri jual ketam hidup

Sebuah mesin layan diri di China diberi nafas baharu dengan menjual makanan laut yang masih hidup kepada pelanggan di wilayah Zhejiang di sini, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.

Mesin itu diperkenalkan oleh seorang usahawan di China yang dikenali sebagai Liu. Ia beroperasi di Hangzhou, China dengan menjual ketam hidup.

Lebih pelik lagi, mesin itu menjual ketam yang telah disejukkan tetapi masih hidup.

Suhu dan kelembapan di dalam mesin layan diri itu ditetapkan pada tahap yang sesuai bagi memastikan ketam yang dijual terus hidup.

DUA orang wanita di China memilih ketam di dalam mesin layan diri di Zhejiang

Justeru, para pelanggan tidak perlu bimbang untuk membeli makanan segar yang dijual di dalam mesin layan diri yang dicipta oleh usahawan di China itu.

Para pembeli boleh mendapatkan makanan laut itu pada harga 20 hingga 60 yuan (RM10.60 hingga RM31.80) berdasarkan saiz ketam yang dibeli.

Liu berharap dapat mempromosikan jualan ketam hidup menggunakan mesin layan diri itu di beberapa stesen kereta api bawah tanah dan semua pusat beli-belah di China. - Agensi klik sini