• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Translate

Isteri sanggup berzina untuk minta cerai dari suami

Tindakan seorang isteri yang tidak pulang ke rumah sejak dua hari lalu mengejutkan suaminya apabila dia menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada seorang lelaki yang meminta menceraikan wanita berkenaan selepas mendakwa dia sudah menjalinkan hubungan terlarang dengan wanita berkenaan.

Lelaki berkenaan menghantar pesanan itu Jumaat lalu dan memberitahu mangsa agar tidak menjadi lelaki dayus kerana masih sanggup memperisterikan wanita berkenaan.

Berikutan kejadian itu, mangsa yang berusia lewat 20-an itu membuat laporan di Balai Polis Klang jam 2 pagi Sabtu lalu kerana bimbang keselamatan isterinya selain tidak berpuas hati dengan tindakan penghantar SMS berkenaan.

Sumber yang mengesahkan laporan berkenaan berkata, mangsa menerima SMS itu jam 9 malam ketika dia berada di rumahnya daripada seorang lelaki yang turut memperkenalkan diri.

“SMS berkenaan antara lain mendakwa lelaki terbabit sudah melakukan hubungan terlarang dengan isteri mangsa menyebabkan mangsa terkejut sebelum mengambil membuat laporan polis,” katanya.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop mengesahkan mengenai laporan berkenaan dan memberitahu kes berkenaan diklasifikasikan sebagai masalah rumah tangga.

“Tiada siasatan dijalankan kerana kes berkenaan tidak membabitkan kesalahan jenayah, jadi tiada sebarang maklumat lanjut dapat diberikan,” katanya kepada Harian Metro.

Sementara itu, Pegawai Khidmat Nasihat Pejabat Agama Daerah Petaling Jaiton Hassan berkata, perceraian yang diminta pihak ketiga selain isteri adalah tidak sah.

“Sebenarnya adalah tidak sah perceraian itu diminta pihak ketiga dan sepatutnya tiada orang lain yang boleh mencampuri urusan rumah tangga seseorang,” katanya.klik sini