• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Translate

Bangkai kucing dijual sebagai daging kambing

Seorang lelaki di Zhengzhou di wilayah Henan mencuri kucing jirannya untuk mendapat bekalan daging haiwan itu sebelum menjualnya sebagai ‘daging kambing’ di restoran tempatan.
Akhbar semalam melaporkan, lelaki terbabit menggunakan burung pipit sebagai umpan menarik perhatian kucing di sekitar kejiranannya.
Polis berkata, ketika ditangkap, pihak berkuasa menemui tiga karung berisi 20 ekor kucing hidup yang disusun di atas motosikalnya. Menurut sumber, untuk menampakkan daging kucing itu seperti daging kambing, lelaki terbabit merendamnya dalam air kencing kambing serta sejenis minyak.
Ia kemudian dijual ke restoran tempatan pada “harga borong.” - Agensi klik sini