• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Translate

Artis Malaysia Beli Rumah Bernilai RM2 Juta Di London

Pelakon jelita berdarah kacukan, Maya Karin dikatakan sudah membeli sebuah rumah di kota London yang bernilai RM2 juta. Umumnya mengetahui aktress ini memang rajin terbang ke luar negara untuk bercuti dan kota London merupakan destinasi yang selalu dikunjunginya.

Difahamkan juga, dia kerap ke London kerana melawat adiknya, Irina yang bekerja sebagai seorang peguam di kota metropolitan itu.

Malah, baru-baru ini Maya Karin telah ke London dan dia sempat berkongsi sekeping gambar menerusi akaun Instagramnya dan menulis “…just arrived at my other home. London for a week again”

Dalam pada itu, Maya Karin dikhabarkan turut mempunyai beberapa aset hartanah di Damansara, Kuala Lumpur dan Terengganu. Semoga Maya Karin semakin maju jaya dalam kerjaya seninya. Klik sini


 KEMBALI KE LAMAN UTAMA...>>>